PETALING JAYA: Syarikat teknologi pintar, vivo melancarkan telefon pintar siri V terbaharunya, iaitu V25 dan V25e yang direka khas untuk memenuhi keperluan pengguna digital masa kini.

Pengurus Jenamanya, Raymond Teoh berkata, ia turut dilengkapi dengan keupayaan fotografi dan videografi unggul serta teknologi pengimejan inovatif.

"Ia dilengkapi kamera ultra-pengesanan OIS 64MP kelas perdana di bahagian belakang mengurangkan kabur gambar dan menyokong masa pendedahan yang lebih lama, menghasilkan gambar dan video yang lebih jelas dan terang walaupun dalam keadaan gelap.

“Selain itu, siri vivo V25 juga mampu merakam video 4K HD, dan dilengkapi mod Filem Vlog baharu, yang meningkatkan pengalaman penggambaran pada peranti. Kamera hadapannya pula dilengkapi dengan mod video Potret Asli, yang meningkatkan tekstur dan kejelasan kulit secara keseluruhan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Siri vivo V25, di sebuah hotel di sini, pada Isnin.

Foto vivo

Dalam pada itu, jelas Raymond, telefon pintar itu juga dilengkapi dengan algoritma AI HD yang mengoptimumkan ketajaman imej selain dikuasai bateri 4,5000 mAh dengan FlashCharge 44W.

"Di samping itu, kedua-dua peranti juga menampilkan Extended RAM 3.0 baharu, membolehkan pengguna menukar sehingga lapan gigabait (GB) memori kepada RAM, menjadikan peranti lebih lancar apabila menggunakan pelbagai aktiviti dan aplikasi.

"Akhir sekali, siri vivo V25 mampu mencetuskan kreativiti dan keseronokan dalam diri pengguna dengan Kaca Fluorite AG Berubah Warna yang menukar warna apabila terdedah kepada cahaya UV," ujarnya.

Sementara itu, penyanyi dan pelakon yang juga duta vivo V25, Ismail Izzani berkata, telefon pintar berkenaan banyak membantu memenuhi tuntutan kerja dan komitmennya.

"Secara peribadinya, telefon pintar V25 ini memiliki kamera 50 megapiksel siang atau malam, memang sempurna untuk mengambil gambar. Sekarang pun kita kerap dengan media sosial, bagi saya untuk anak-anak muda di luar sana, telefon ini sangat berpatutan.

“Banyak perkara boleh digunakan seperti beberapa aplikasi yang boleh membuka dokumen dan sekarang ini zaman media sosial, kebanyakan orang di luar sana bekerja 30 hingga 40 peratus menggunakan media sosial.

“Saya rasa vivo V25 ini memang sangat-sangat sesuai selain mempunyai pilihan warna yang menarik,” katanya.

Selain itu, vivo turut mengumumkan empat lagi dutanya, iaitu penyanyi, Hael Husaini serta dua pencipta kandungan, Danny Koo dan Okokokmou, selain duta maya, Imma.

Duta jenama vivo V25, Okokokmou (tengah) dan Ismail Izzani (hujung kanan). - Foto vivo

Untuk makluman, V25 boleh didapatkan pada harga RM1,799, dan V25e pada harga RM1,399.
Kedua-dua V25 dan V25e boleh didapati dalam warna Sunrise Gold dan Diamond Black, manakala V25 mempunyai warna tambahan, iaitu Aquamarine Blue.

Bermula 29 Ogos hingga 2 September ini, pelanggan yang membeli siri V25 layak menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM577 dan setiap pembelian V25, pelanggan akan mendapat beg kulit siri V25 dengan jaminan lanjutan satu tahun termasuk perlindungan retak skrin satu tahun.

Manakala, untuk V25e pula, pelanggan akan mendapat pembesar suara Bluetooth kotak premium, jaminan lanjutan satu tahun dan perlindungan retak skrin satu tahun bernilai sehingga RM547.



*Artikel ini adalah kandungan berbayar.