awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warkah anak autisme buat Mufti Wilayah Persekutuan 'tersentuh'

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
02/02/2019
07:19 MYT
Warkah anak autisme buat Mufti Wilayah Persekutuan 'tersentuh'
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri bersama anak austisme bernama Aiman yang sering menulis surat kepadanya. - Foto Instagram drzulkifli.albakri
'Tiada kata lain yang dapat kami ungkapkan atas usaha gigihnya.'
Itulah luahan perasaan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri apabila 'tersentuh' selepas menerima sekeping warkah dari seorang kanak-kanak autisme yang bernama Aiman.
Dalam coretan warkah kanak-kanak berusia 13 tahun itu, dia menceritakan kepada Dr. Zulkifli mengenai hasratnya dan rakan-rakan untuk menghafaz 30 juzuk Al-Quran.
“Aiman sudah sekolah menengah tingkatan 1. Sebelah pagi Aiman pergi kelas hafazan di rumah anak yatim Darul Izzah, Bangi, petang pula Aiman pergi sekolah.
“Aiman mohon ustaz doakan semoga Aiman dan kawan-kawan berjaya hafaz 30 juzuk Al-Quran. Aiman sentiasa doakan ustaz Datuk. Terima kasih ustaz Datuk kerana selalu melayan Aiman. Salam sayang Aiman,” katanya menerusi warkah berkenaan.
Foto Astro AWANI
Foto Astro AWANI
View this post on Instagram
Seusai kuliah kami menerima warkah daripada adik Aiman. Tiada kata lain yang dapat kami ungkapkan atas usaha gigihnya. Semoga maju jaya dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Amin.
A post shared by Mufti Wilayah Persekutuan (@drzulkifli.albakri) on
Feb 1, 2019 at 6:34am PST
Dr. Zulkifli menerusi akaun Instagramnya berkata, beliau kagum dengan semangat dan usaha gigih ditunjukkan Aiman dan mendoakan agar segala urusan kanak-kanak itu dipermudahkan dunia akhirat.
“Selesai kuliah kami menerima warkah daripada adik Aiman. Tiada kata lain yang dapat kami ungkapkan atas usaha gigihnya. Semoga maju jaya dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Amin.
"Anakanda Aiman selalu mengirim surat kepada saya. Kadangkala beliau menghantar mesej kepada saya melalui Instagram.
“Beliau anak autisme yang istimewa, sangat pandai dan selalu mendengar kuliah saya. Ini surat terbaru beliau yang diberi tadi. Sama-sama doakan adik Aiman berjaya,” katanya.
Topic Berkaitan
#Aiman
#Al-Quran
#autism
#Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
#Instagram
#menghafaz
#Mufti Wilayah Persekutuan
#warkah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan