awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waspada kebakaran! Ini panduan keselamatan perkakasan elektrik sebelum pulang bercuti

Dagang News
Dagang News
30/01/2022
01:10 MYT
Waspada kebakaran! Ini panduan keselamatan perkakasan elektrik sebelum pulang bercuti
Panduan-panduan keselamatan yang disarankan berikut juga memastikan peralatan elektrik dan kediaman ditinggalkan dalam keadaan selamat. -Gambar hiasan/Envato Elements/twenty20photos
SEMPENA perayaan Tahun Baharu Cina yang akan disambut tidak lama lagi, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyarankan beberapa panduan bagi memastikan peralatan elektrik dan kediaman ditinggalkan dalam keadaan selamat buat pengguna yang pulang ke kampung halaman.
Untuk kediaman yang akan menjadi tumpuan keluarga berkumpul, pengguna dinasihatkan agar tidak menggunakan soket elektrik secara berlebihan bagi mengelakkan beban elektrik keterlaluan.
Panduan-panduan keselamatan yang disarankan berikut juga memastikan peralatan elektrik dan kediaman ditinggalkan dalam keadaan selamat serta jimat tenaga:
1. Tutup suis peralatan elektrik yang tidak digunakan dan tanggalkan palam bagi mengelakkan arus elektrik terus mengalir;
2. Pastikan semua soket dalam keadaan baik dan tidak dibebankan dengan penyesuai (adapter) dan kabel penyambung (extension cable);
3. Buka gulungan wayar sambungan tambahan (extension wire) sepenuhnya untuk mengelakkan ia menjadi terlalu panas jika digunakan;
4. Gunakan alat pengukur masa (timer) sekiranya ingin memasang lampu bagi tujuan keselamatan agar ia tidak menyala 24 jam; dan
5. Periksa peralatan elektrik yang ingin digunakan bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan lancar.
Para pengguna dinasihatkan menghubungi TNB CareLine di talian 15454 atau Facebook TNB CareLine untuk mendapatkan bantuan sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik pada cuti Tahun Baru Cina nanti.
*Artikel asal di DagangNews.com

Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Topic Berkaitan
#Tahun Baru Cina
#TNB
#soket elektrik
#beban elektrik keterlaluan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan