PARIS: Filem “Fjord” arahan pengarah Romania Cristian Mungiu memenangi Palme d’Or, anugerah utama Festival Filem Cannes, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Filem “Minotaur” arahan pengarah Rusia Andrey Zvyagintsev pula meraih Grand Prix, anugerah kedua terpenting festival itu.
Majlis penyampaian anugerah berkenaan disiarkan secara langsung menerusi BFMTV.
Kemenangan itu merupakan Palme d’Or kedua buat Mungiu, selepas beliau kali pertama meraih anugerah utama festival itu pada 2007 menerusi filem “4 Months, 3 Weeks and 2 Days”.
“Minotaur” arahan Zvyagintsev memenangi Grand Prix, manakala Anugerah Juri, iaitu anugerah ketiga tertinggi festival itu, diberikan kepada filem “The Dreamed Adventure” arahan pengarah Jerman Valeska Grisebach.
Camera d’Or pula dimenangi filem “Ben’Imana” arahan pengarah Rwanda Marie Clementine Dusabejambo.
Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik diberikan kepada Emmanuel Macchia dan Valentin Campagne, yang membintangi filem “The Coward” arahan Lucas Dhont, manakala Anugerah Lakon Layar Terbaik dimenangi pengarah Emmanuel Marre menerusi filem “A Man of His Time”.
Festival Filem Cannes tahunan edisi ke-79 berlangsung di Perancis dari 12 hingga 23 Mei.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI