CANNES: Pengarah filem ternama Korea, Park Chan-wook, akan mengetuai juri Festival Filem Cannes ke-79, menurut penganjur pada Khamis (26 Feb).
Park merupakan karyawan filem Korea pertama pertama mengetuai panel juri tersebut.
Advertisement
Antara filem hebat yang menerima sentuhan Park ialah Thirst (2009), The Handmaiden (2016) dan No Other Choice (2025).
Pada 2004, beliau memenangi anugerah Grand Prix di Cannes melalui filem Old Boy dan meraih anugerah Pengarah Terbaik festival itu pada 2022 untuk Decision To Leave.
Cannes menggambarkan Park sebagai pengarah yang “sering dibandingkan dengan pembuat filem seperti Tarantino, De Palma dan Fincher kerana keindahan seni dalam komposisi imejnya yang bukan sahaja indah secara formal tetapi juga kaya dengan ketelitian moral”, sambil menyatakan bahawa beliau menjadikan Kurosawa, Bergman, Visconti dan Hitchcock sebagai sumber inspirasi.
“Untuk dihimpunkan dalam sebuah pawagam bagi menonton filem dan kemudian duduk bersama sekali lagi untuk berbincang dengan ahli-ahli juri dengan sukarela adalah sesuatu yang saya nantikan dengan penuh keterujaan,” kata Park mengulas pelantikannya sebagai ketua juri Festival Filem Cannes ke-79. - Agensi