Skip to main content

Malaysia

Dr Fie didakwa langgar perintah mahkamah, ibu mohon doa - 'Moga anakku kuat'

SinarPlus
- Foro Sinar Harian

BEKAS isteri kepada penyanyi, Nubhan iaitu Dr Fie Tawfek memaklumkan dia tidak menerima butiran lanjut berkaitan prosiding komital yang difailkan Nubhan terhadapnya.

Ibunya, Dr Zailah Zainuddin menerusi hantaran di Instagram menitipkan doa buat anak sulungnya itu.

Advertisement

"Mohon doakan anakanda sy @drfietawfek kuat dengan ujian ini. Ya ALLAH lindungilah anakku daripada segala niat jahat, daripada pandangan yang dengki, dan daripada segala kejahatan yang tersembunyi mahupun yang nyata.. aaaminn Robbi Yassir," kongsinya di Instagram.

Dr Fie atau nama penuhnya Afifah Hidayah Ahmad Tawfek yang ditemui SinarPlus di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam terdahulu memaklumkan menerima notis berkenaan sekali gus memberi kesan kepada mental dan emosinya.

Biarpun tidak memiliki sebarang bayangan tentang prosiding yang dilalui, Dr Fie Dia yang ditemani peguam Norhazura Hamzah, memilih untuk tidak membuat sebarang spekulasi.

Doktor gigi itu juga mengakui tindakan undang-undang berkenaan turut menjejaskan rutin hariannya menguruskan anak-anak.

Sekadar indo, Dr Fie dan Nubhan bercerai talak dua dengan lafaz talak pertama berlaku pada 2017 dan talak kedua pada Ogos 2025 selepas 10 tahun berumah tangga. Perceraian mereka disahkan oleh Mahkamah Syariah Sepang pada 2 Dec lalu.

Daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aaffan, 7, dan Afzan Nayille, 4. - Sinar Harian

 

Must Watch Video