Pempengaruh, Imranul Effendy berkongsi sebab memilih untuk menghitamkan sepenuhnya rambutnya.
Menurut Imranul, dia mahu mengabadikan gaya rambut ‘Granger’ itu sebagai satu kenangan bersempena penampilan istimewanya sebagai penari latar bagi lagu Jodoh Lebaran, nyanyian penyanyi, Aisha Retno.
Ujar Imranul, gaya rambut itu mempunyai nilai sentimental yang tersendiri, justeru dia merasakan sudah tiba masa untuk ‘menamatkannya’.
“Sebab saya hitamkan rambut adalah kerana saya nak ‘matikan’ rambut gaya itu di projek Jodoh Lebaran.
“Gaya rambut itu sentimental untuk saya. Saya rasa sudah tiba masanya untuk saya biarkan ia berakhir di situ. Saya tak nak bawa rambut itu ke tempat lain dah,” katanya kepada Gempak.
Terdahulu, gaya rambut ‘Granger’ yang digayakan Imranum ketika terlibat dalam projek lagu Jodoh Lebaran telah menyoro perhatian ramai, terutama pengguna aplikasi Mobile Legend.
Dalam perkembangan lain, Imranul bakal tampil menerusi filem arahan pengarah terkenal, Pierre Andre yang berjudul Nar’sata: Sekutu Setan.
Selain Imranul, filem ini turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Trisha Ooi, Mawar Rashid, Khatijah Tan, Wan Hanafi Su, Aniq Suhair, Fadlan Hazim dan ramai lagi. - Gempak