Skip to main content

Malaysia

Talk To My Manager 2: Masa sudah tiba, langkah Linda Jasmine dan Ratu terhenti di minggu keenam

https://gempak.com/talk-my-manager-2-masa-sudah-tiba-langkah-linda-jasmine-ratu-terhenti-di-minggu-keenam
Linda Jasmine dan Ratu tersingkir di minggu keenam Talk To My Manager 2 selepas persembahan lagu Oh! Carol bersama Chubb-E kurang mendapat markah juri. - Gambar Gempak

SHAH ALAM: Perjalanan bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Linda Jasmine dan Ratu terhenti di minggu keenam.

Dengan tema Dua Tiga Kucing Berlari, Linda Jasmine dan Ratu gagal menambat hati juri menerusi persembahannya yang menyanyikan lagu Oh! Carol duet bersama Chubb-E.

Turut berada di tangga tiga terbawah adalah Ani Mayuni X Viviana dan Safura X Kim Khairii.

Sementara itu, anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie untuk minggu keenam  menjadi milik Hasil Adira dan Anggrek.

Kemenangan itu memberi mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 dan juga hamper sumbangan Eskayvie.

Manakala bagi anugerah Manager Paling Perform (MPP) disandang oleh Jamilulhayat dan Hussain.

Antara barisan pengurus artis yang bertanding untuk musim kedua adalah Adira dan Anggrek, Ani Maiyuni dan Viviana, Datuk A. Aida dan Azeva, Dato’ Fazley dan Fariedz Fazley.

Malah TTMM2 juga menyaksikan penyertaan Dato’ Sri Vida dan Cik B, Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Nana Mahazan dan Althea, Pak Azad dan Amarra, serta Safura dan Kim Khairii.

Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda, Aznil Nawawi, bersama barisan juri ternama iaitu Sarimah Ibrahim dan AC Mizal.

Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.

Saksikan konsert Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka. - Gempak

Must Watch Video

Advertisement