Skip to main content

Malaysia

Tomok, isteri berangkat ke Mekah, tunai rukun Islam kelima

Isteri kepada penyanyi, Tomok iaitu Rahayu Abas berkongsi dia bersama suami bakal berangkat ke Makkah bagi menunaikan ibadah haji.  Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Rahayu menerusi satu hantaran di Instagram.
- Foto Instagram

PENYANYI Tomok dan isteri, Rahayu Abas, merupakan antara yang terpilih sebagai tetamu Allah untuk menunaikan ibadah haji di Mekah tahun ini. 

Berita gembira itu dikongsikan penyanyi dengan nama asal Shah Indrawan Ismail itu dan isterinya menerusi hantaran di Instagram.

“Alhamdulillah dijemput menjadi tetamu Allah bersama suami.

“Tiada yang lebih kami harapkan selain doa agar perjalanan ini dipenuhi keberkatan dan rahmat-Nya. Insya-Allah,” kongsi Rahayu.

Menerusi perkongsian sama, Rahayu memuat naik foto dirinya bersama Tomok dan tiga lagi anak mereka, meluahkan rasa syukur kerana berpeluang untuk menunaikan rukun Islam yang kelima itu tahun ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Tomok dan Rahayu dipermudahkan urusan dan dikurniakan ibadah haji yang mabrur.

“Alhamdulillah.

“Semoga yang baik-baik saja untuk kalian, bakal Haji dan Hajah.

“Semoga dikurniakan ibadah haji yang mabrur,” komen netizen.

 

 


 

 

Must Watch Video