Skip to main content

Hiburan

Pasangan selebriti Indonesia El Rumi, Syifa Hadju selamat diijabkabulkan

El Rumi (kiri) dan Syifa Hadju (kanan) sah bergelar suami isteri dalam majlis akad nikah yang berlangsung secara tertutup di Hotel Raffles Jakarta, Kuningan, hari ini. -Foto IG elelrumi
El Rumi (kiri) dan Syifa Hadju (kanan) sah bergelar suami isteri dalam majlis akad nikah yang berlangsung secara tertutup di Hotel Raffles Jakarta, Kuningan, hari ini. -Foto IG elelrumi
Advertisement

JAKARTA: Pasangan selebriti popular Indonesia, El Rumi dan Syifa Hadju, sah bergelar suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung secara tertutup di Hotel Raffles Jakarta, Kuningan, hari ini.

Majlis yang bermula kira-kira jam 11 pagi itu menyaksikan El Rumi, anak kedua kepada pemuzik terkenal Ahmad Dhani, melafazkan ijab kabul dalam satu nafas di hadapan petugas Pejabat Hal Ehwal Agama (KUA) Kecamatan Setiabudi.

Upacara akad nikah berkenaan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua pihak, termasuk ibu El Rumi, Maia Estianty, serta suaminya, Irwan Mussry, selain beberapa tokoh penting negara.

Advertisement

Sebelum ini, pasangan itu yang mula menjalinkan hubungan cinta pada Oktober 2024 telah melalui beberapa prosesi adat termasuk majlis siraman dan pengajian pada 24 April lalu.

El Rumi dan Syifa Hadju turut dilaporkan mengikat tali pertunangan secara rasmi pada 21 Januari 2026, selepas El Rumi melamar Syifa dalam satu acara peribadi di Lauterbrunnen, Switzerland, pada tahun sebelumnya.

Advertisement

Majlis resepsi pasangan dijadual berlangsung pada sebelah malam di lokasi sama, manakala satu lagi majlis resepsi dikhabar bakal diadakan di Bali dalam masa terdekat.

 

Must Watch Video

Advertisement