Skip to main content

Hiburan

Pelakon Ireland Gary Lydon meninggal dunia pada usia 61 tahun

RIP Gary Lydon, British-Irish Actor  Garda Peadar Kearney in The Banshees of Inisherin, The Clinic, Pure Mule, Calvary, War Horse, Stella Days, The Guard, Ordinary Decent Criminal IFTA Award Winner
Lydon, yang turut disifatkan sebagai antara pelakon terbaik Ireland, dikenang sebagai seorang bapa penyayang. - Foto X/@InMemoriamX

DUBLIN: Pelakon terkenal Ireland, Gary Lydon, yang dikenali menerusi filem 'Calvary', 'The Guard' dan 'The Banshees of Inisherin', meninggal dunia pada usia 61 tahun.

Lydon, yang turut disifatkan sebagai antara pelakon terbaik Ireland, dikenang sebagai seorang bapa penyayang.

Advertisement

Beliau dilahirkan sebagai Gary O’Brien di London pada 1964 kepada ibu bapa Ireland sebelum kembali dan membesar di Wexford.

Untuk kerjaya profesionalnya, beliau menggunakan nama keluarga ibunya dan membina reputasi kukuh di pentas serta layar perak selama beberapa dekad.

Namanya mula menyerlah pada tahun 1980-an menerusi 'Wexford Trilogy' karya Billy Roche.

Pengarah Eksekutif Wexford Arts Centre, Elizabeth Whyte, berkata dunia teater berduka dengan pemergian Lydon, sambil menyatakan peranan terakhirnya di pentas dilakukan bersama anak lelakinya, James Doherty O’Brien.

Kelab lama beliau, St Michael’s GAA, turut memberi penghormatan, manakala anaknya James dalam kenyataan kepada RTE berkata kehilangan bapanya adalah satu kejutan besar buat keluarga, sambil menegaskan kebanggaan terbesar Lydon adalah sebagai seorang ayah.
 

 

Must Watch Video