DJ Earworm mengadun lagu-lagu yang trending sepanjang tahun ini untuk video Youtube Rewind: Turn Down for 2014.

Penceritaan unik terus digunakan Youtube untuk mengimbas kembali peristiwa, memes dan orang yang trending sepanjang tahun ini.

Bintang-bintang Youtube menjayakan video Turn Down for 2014 seperti PewDieDie, Kid President, Jenna Marbles, penyampai VSauce selain personaliti televisyen Jimmy Kimmel dan Conan O' Brien.

Rewind 2014 menggambarkan peristiwa yang mewarnai Youtube tahun ini seperti Ice Bucket Challenge, tarian bagi lagu Pharrell, Happy, filem animasi popular Frozen dan tabiat selfie yang dikatakan trend bergambar paling popular tahun ini.

Bagi menunjukkan nilai antarabangsa Youtube Rewind tahun ini, Turn Down for 2014 dirakam bukan sahaja di Los Angeles, Amerika Syarikat, malah di negara lain termasuk Tokyo, Jepun.

Ia membabitkan 100 Youtubers dan juga lima hos program tengah malam yang popular di dunia.

Bagi yang berminat untuk mengimbas kembali video yang trending di Youtube sepanjang tahun ini, anda boleh melayari saluran Youtube Rewind.