Bermula di pentas peragaan, berbakat menyanyi dan seterusnya ke layar perak..mata terus tertumpu kepada model ternama dunia, Cara DeLevingne.

Terbaru, model berusia 22 tahun ini menjalin kolaborasi yang mungkin antara paling berpengaruh dan mengujakan pada masa kini.

DeLevingne bersatu dengan bintang R&B Funk, Pharrell Williams dengan membintangi filem pendek oleh rumah fesyen tersohor, Chanel..berjudul ‘Reincarnation’ sempena pengenalan koleksi terbaru Chanel.

Diarahkan sendiri oleh pengarah kreatif Chanel, Karl Lagerfeld.. klip ‘teaser’ berdurasi 40 saat ini berlatarbelakangkan kisah dongeng dan mereka menari mengikut lagu ‘CC The World’, ciptaan eksklusif Pharrell untuk Chanel dan turut menampilkan suara Cara.

Video penuh dijangka pelancaran pada 2 Disember ini di Salzburg, Austria.