OPENAI hari ini telah mengumumkan model baharu mereka, GPT-4o, dan selari dengannya juga turut memperkenalkan aplikasi desktop untuk ChatGPT.

Aplikasi desktop ini diperkenalkan terlebih dahulu untuk pengguna berbayar MacOS, dan dijangka diperluaskan kepada pengguna Windows tidak lama lagi.

Pihak OpenAI turut menyatakan akan memperluaskan penawaran aplikasi desktop mereka kepada pengguna percuma tidak lama lagi.

Menariknya mengenai aplikasi OpenAI adalah pengguna boleh mengaktifkan ia melalui pintasan (Option + Space) pada komputer, dan bertanyakan sebarang persoalan dengan serta-merta ketika sedang melakukan sebarang tugasan.

Anda turut boleh memilih untuk memuat naik gambar dan merakamkan gambar skrin semasa menggunakan aplikasi desktop ini.

Dengan langkah ini, ia akan memudahkan lagi pengguna menggunakan ChatGPT sebagai pembantu tugasan mereka pada komputer, tanpa perlu ke laman ChatGPT melalui pelayar web sahaja. -Amanz