Masyarakat Malaysia yang berada di kawasan pantai timur Amerika Syarikat boleh dikatakan mengalami demam Pesta Bola Merdeka yang diadakan di sini pada Sabtu dan Ahad.
Tarikan utama kejohanan kali ini yang telah dianjurkan buat kali ketujuh berturut-turut ialah kehadiran 20 pemain yang diterbangkan khas dari Malaysia.
Sesetengah pemain turut membawa bersama isteri mereka untuk seperti yang dikatakan seorang pemain 'memberi sokongan dan turut bersorak di tepi padang'.
Sukarelawan masyarakat Malaysia, Katherina To yang tinggal di Elmhurst, New York dan aktif menganjur aktiviti yang melibatkan rakyat Malaysia, berkata kejohanan tersebut yang diberi nama 'Merdeka Cup USA' diadakan di New York sejak 2008 sebagai edisi tempatan kejohanan Pesta Bola Merdeka yang diadakan di Malaysia, bagi merayakan sambutan Hari Kemerdekaan negara.
"Kami mengadakan kejohanan pada hujung minggu dalam bulan Ogos agar kami mempunyai kehadiran yang ramai ke kejohanan," katanya kepada Bernama.
Menurut beliau, tujuh pasukan mengambil bahagian.
Persatuan Malaysia Amerika (MAA), konfederasi kepada beberapa persatuan tempatan menganjurkan acara tersebut dEngan bantuan kewangan syarikat logistik Malaysia 'Wen-Parker Logistics' yang berpangkalan di New York yang membiayai perjalanan pemain dari Malaysia yang sesetengahnya membawa bersama isteri mereka.
"Perlawanan tersebut sangat menceriakan," kata Jimmy Tan, presiden MAA.
Beliau berkata antara pemain yang mengambil bahagian ialah bekas pemain Pesta Bola Merdeka sendiri Datuk Soh Chin Aun, 64, yang masih berupaya mengembirakan penonton dengan aksinya menggelecek bola menewaskan pemain lebih muda.
"Kejohanan persahabatan ini berjaya mempromosi perlawanan persahabatan dalam kalangan rakyat Malaysia di sini dan mengeratkan lagi antara satu sama lain menerusi semangat kesukanan," kata Tan.
Pemain dan penonton turut memberi penghormatan kepada mendiang Wong Choon Wah, seorang lagi ikon negara yang meninggal pada Januari 2014.
Pasukan Chin Aun akhirnya diisytihar sebagai juara.
"Saya telah beberapa kali melawat New York, tetapi ini kali kedua saya menyertai kejohanan Pesta Bola Merdeka USA," katanya ketika dirai pada majlis makan malam di sebuah restoran di China Town yang turut dihadiri Konsul Jeneral Malaysia, Abdul Razak Abdul Wahab.
Bernama
Tue Aug 12 2014
Merdeka Cup USA. - Gambar Fail
AWANI 7:45 [28/04/2024] – Malaysia tumpu pelaburan baharu | Pertumbuhan saksama dan inklusif | Kajian pertubuhan buruh antarabangsa | Tabung Haji teruskan bantuan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Malaysia hadapi cabaran baharu dari negara maju, bidang teknologi, tegas PM
- Ekonomi dunia kian tidak seimbang, Tengku Zafrul di pentas forum desak negara maju lebih adil dan saksama
- 70 peratus pekerja dunia terdedah kepada penyakit akibat perubahan iklim
- Tabung Haji tanggung kos lebih RM350 juta tahun ini
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Malaysia hadapi cabaran baharu dari negara maju, bidang teknologi, tegas PM
- Ekonomi dunia kian tidak seimbang, Tengku Zafrul di pentas forum desak negara maju lebih adil dan saksama
- 70 peratus pekerja dunia terdedah kepada penyakit akibat perubahan iklim
- Tabung Haji tanggung kos lebih RM350 juta tahun ini
Liek Hou rangkul dua lagi emas di Sepanyol
Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou terus cemerlang apabila menggondol dua pingat emas pada Kejohanan Badminton Para Sepanyol Antarabangsa II 2024 pada Sabtu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara - Ewon
Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai "duta" untuk mempromosikan produk PMKS dan koperasi negara.
Fokus Minggu Depan: Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Lelaki rugi lebih RM13,000 terperdaya tawaran kerja dalam talian
Seorang lelaki berputih mata apabila wangnya berjumlah RM13,460 lesap setelah menjadi mangsa penipuan tawaran kerja.
Misi ditangguh, delegasi Malaysia berlepas pulang
Delegasi Malaysia dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza akan berlepas pulang malam ini.
Keputusan dicapai selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) tidak dapat meneruskan misi selepas Republik Guinea-Bissau menarik balik kebenaran menggunakan bendera untuk dua kapal yang digunakan.
Laporan lanjut bersama Syaff Shukri di Istanbul.
Keputusan dicapai selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) tidak dapat meneruskan misi selepas Republik Guinea-Bissau menarik balik kebenaran menggunakan bendera untuk dua kapal yang digunakan.
Laporan lanjut bersama Syaff Shukri di Istanbul.
Ustaz Wan sanggup bina tempat main boling DIY di sekolah kampung
Ustaz Wan mempunyai minat yang sangat tinggi terhadap sukan boling dan berhasrat untuk turut mengasah bakat anak muridnya.
Karnival Malaysia di New Delhi tarik 2,000 pengunjung
Pengunjung diraikan dengan persembahan kebudayaan, makanan, demonstrasi masakan, mencanting batik dan peluang merasai buah-buahan tropika Malaysia.
Anak-anak mula terima kenyataan ibu sudah tiada - Suami Nurfarahimi
"Sebagai ayah, saya menasihati mereka untuk menerima apa yang telah ditentukan Allah SWT."
Mahmoud Abbas menyeru semua negara iktiraf Palestin
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyeru semua negara untuk mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka serta mengiktiraf ahli penuh Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Beliau diberi peluang berucap di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi hari ini.
Kempen Derma Darah #KitaSama tonjol semangat perpaduan rakyat Malaysia
Ia merupakan Kempen Derma Darah #KitaSama ketiga dianjurkan Astro sejak 2014.
#ScaredNotScared sertai kempen derma darah #KitaSama
Tunjukkan komitmen anda terhadap Kempen Derma Darah #KitaSama!
#KitaSama: Rambut sama hitam dan darah sama merah pekat
Empat sahabat iaitu Norina Affiza, Hasnida Hamid, Nicholas Pillai dan Xavier Chin berkongsi interpretasi mereka tentang #KitaSama.
Dua anggota PPS mengaku tidak bersalah bergaduh di tempat awam
Tiga lelaki termasuk dua anggota sebuah pertubuhan tidak berdaftar, Pasukan Peronda Sukarela (PPS) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret.
Khatib Jumaat kritik polis dalam isu PPS disiasat
Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang khatib yang didakwa mengkritik polis berhubung isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS).
Anggota Parlimen Tanjung ditahan bantu siasatan kes PPS
Polis hari ini menahan Timbalan Pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang Ng Wei Aik bagi membantu siasatan berhubung PPS.
Lim Guan Eng mahu Zahid kemuka permohonan maaf
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mahu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf berhubung kenyataannya yang menyinggung, dikatakan ditujukan kepada DAP.
PPS: Polis tahan Phee Boon Poh, ambil keterangan Guan Eng
Polis menahan Pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang Phee Boon Poh dan mengambil keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bagi membantu siasatan berhubung pasukan itu.
Najib hargai kehadiran rakyat sambut Hari Kemerdekaan
Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan penghargaan kepada warga Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat yang hadir menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka hari ini.
Polis tahan anggota PPS yang engkar amaran
Polis menahan 154 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang kerana ingkar amaran supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas mendapati pasukan itu sebuah pertubuhan haram.