awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TNB tawar insentif Sinaran Merdeka 2014

Bernama
Bernama
11/08/2014
15:01 MYT
TNB tawar insentif Sinaran Merdeka 2014
Insentif berkenaan diberi sejak tahun 2000 kepada semua pengguna perdagangan menerusi tarif B, C1 dan C2. - Gambar Fail
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menawarkan insentif Sinaran Merdeka 2014 bagi menggalakkan pengguna komersial menerangi bangunan dan kawasan persekitaran masing-masing dengan lampu hiasan bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57.
Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata insentif berkenaan diberi sejak tahun 2000 kepada semua pengguna perdagangan menerusi tarif B, C1 dan C2.
"Mereka yang terlibat ialah pengguna bangunan pencakar langit, bangunan pejabat, kompleks komersial dan beli-belah, hotel serta stesen minyak.
"Kadar insentif adalah 17.8 sen/kWh (kilowatt-jam) bagi jumlah peningkatan penggunaan tenaga elektrik yang melebihi purata kegunaan tiga bulan yang diambil dari Mei, Jun dan Julai 2014," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata insentif itu adalah dalam tempoh kegunaan dua bulan bermula 1 Ogos lalu hingga 30 Sept ini.
Pengguna yang layak boleh mendapatkan borang permohonan di semua pejabat, Pengurus Besar (negeri) atau pejabat Pengurus Kawasan.
Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 Sept ini.
Topic Berkaitan
#insentif
#pengguna komersil
#Sinaran Merdeka 2014
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan