Apabila rakan akademik saya didakwa, saya menjadi takut untuk menulis. Saya perlu takut kerana saya tidak mahu didakwa seperti beliau.
Tetapi, sebagai guru politik apakah wajar jika saya mendiamkan diri sahaja tanpa berkongsi idea dengan rakan-rakan yang lain jika saya mempunyai idea dan pendapat politik yang hendak disampaikan?
Saya fikir jika diam, saya tidak adil kepada amanah yang saya pegang. Amanah saya ialah untuk menyampaikan ilmu dan memberi pandangan balas kepada sesuatu isu politik yang saya fikir perlu diperbetulkan.
Bukan untuk mencabar sesiapa atau membenci atau menyukai sesiapa, tetapi untuk kita saling menegur bagi mendapatkan yang terbaik antara yang baik.
Saya tidak mengenali Azmi Sharom secara rapat. Saya pernah menemu bual beliau sekali dalam Rancangan Hujah dalam TV9 yang saya kendalikan suatu waktu dulu. Selepas itu, saya mengenali beliau melalui tulisan beliau dan melalui perbincangan dengan kawan rakan.
Satu yang dapat saya katakan dari pengamatan saya, Azmi seorang yang tenang dan mempunyai pandangan politik dan undang-undang yang jujur. Beliau tidak mengata orang dan menulis berdasarkan pandangan ilmu yang ada pada beliau.
Jadi apabila beliau didakwa, saya berasa terkilan jika saya tidak menulis pandangan saya tentang beliau. Pandangan saya tentang Azmi ialah beliau seorang yang berotak dingin (baca: tenang), menulis dalam keadan yang terkawal dan paling penting memberikan pandangan berdasarkan ilmu yang beliau yakini benar.
Pandangan beliau mungkin salah dan mungkin betul. Ilmu undang-undang dan politik adalah begitu. Ia banyak bergantung kepada tafsiran seseorang. Dan janganlah kerana kita mempunyai perbezaan tafsiran, maka kita tidak boleh menerima kelainan tafsiran kita dengan beliau.
Saya menulis tentang Azmi ini kerana satu lagi sebab yang paling penting, yakni kebebasan akademik. Saya tahu kebebasan akademik mesti ada batasannya. Tidak ada kebebasan mutlak. Itu saya tahu.
Tetapi dalam dunia akademik, janganlah kebebasan untuk mempunyai pandangan berbeza itu disekat. Jangan takutkan golongan cendikiawan. Mereka adalah harta negara yang kita perlu jaga.
Yakinilah kehebatan sesebuah universiti itu bukan terletak pada bangunannya yang cantik tetapi terletak kepada keupayaan mahasiswa dan pensyarahnya untuk berbincang, mengkaji dan menulis dalam suasana yang mempunyai ruang untuk meraikan persamaan dan juga perbezaan.
Doa saya untuk Azmi Sharom.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
* Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff merupakan Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
* Artikel mula disiarkan di laman Facebook Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff pada 14 Ogos 2014.
* Ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Astro AWANI.
Mohammad Agus Yusoff
Tue Sep 02 2014
Ilmu undang-undang banyak bergantung kepada tafsiran seseorang.
EPL: Man United sama hebat dengan skuad tercorot liga
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana menjadi punca buat pasukannya kehilangan kemenangan menentang Burnley.
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif UMPSA
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, disahkan memiliki Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN tunjuk bukti kelayakan akademik
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menunjukkan bukti berkaitan kelayakan akademiknya bagi menjawab isu berkenaan.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Sabah Memilih: SPR akan perketat SOP
Laluan khas akan disediakan bagi golongan warga emas berusia 70 tahun ke atas.
Profesor UM cabar kesahihan Akta Hasutan 1948
Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya, Prof Azmi Sharom memfailkan permohonan untuk mengkaji semula perlembagaan Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen hari ini.
Akta Hasutan: Kes Azmi Sharom akan disemak semula - Gani Patail
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, keputusan mengenai penyemakan semula itu juga akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.