Xeraya Capital pandang serius kebimbangan Khazanah, sedia beri kerjasama penuh dalam siasatan
Lembaga Pengarah Xeraya Capital Sdn Bhd (Xeraya) mengambil maklum kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat induknya, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan memandang serius kebimbangan yang dibangkitkan berhubung isu dokumentasi urus niaga terdahulu.