Skip to main content
Advertisement
12 tren baharu beroperasi di utara mulai februari tahun depan - Loke

12 tren baharu beroperasi di utara mulai februari tahun depan - Loke

Pengguna KTM Komuter di sektor utara bakal menikmati perkhidmatan 12 set tren baharu seawal Februari tahun depan, manakala kekerapan tren di Lembah Klang akan ditingkatkan secara berperingkat susulan penambahbaikan landasan menerusi projek KVDT 2.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kementerian turut melaksanakan perolehan 42 set tren elektrik bagi perkhidmatan ETS dan KTM Komuter melalui kaedah pajakan.