15551: Ambulans percuma ke enam hospital IHH Healthcare
IHH Healthcare Malaysia memperkenalkan talian 15551 untuk menyelaras penghantaran ambulans kecemasan dan pengangkutan percuma ke enam hospitalnya di Lembah Klang. Pemanggil boleh menjejak ambulans secara langsung dan menyemak anggaran waktu ketibaan melalui pautan yang dihantar menerusi WhatsApp dan SMS.