KUALA LUMPUR: Badan Peguam Malaysia telah memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar perintah tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menurut Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam satu kenyataan, permohonan itu bagi mencabar perintah tahanan rumah tersebut.
Tahanan di rumah tersebut sebelum ini dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya Kali Ke-64.
Menurut AGC, ketika pendengaran permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman pada 12 November 2026, pihaknya telah membangkitkan bantahan terhadap permohonan berkenaan.
Bantahan itu dibuat atas alasan keputusan Yang di-Pertuan Agong dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dicabar melalui proses kehakiman atau bersifat non-justiciable.
AGC memaklumkan hujahan pihak-pihak berhubung perkara itu akan didengar pada 17 Mac 2027.
Dalam pada itu, AGC menegaskan akan terus mempertahankan institusi diraja serta menjunjung Perlembagaan Persekutuan dalam setiap tindakan yang diambil.