18 pelajar terbaik STPM 2025 terima tajaan yuran pengajian
Seramai 18 Pelajar Terbaik Kebangsaan STPM 2025 akan menerima anugerah berupa wang tunai RM1,000, plak dan sijil, meliputi kategori aliran sains, sains sosial, Orang Asli serta calon berkeperluan pendidikan khas, kata Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, Datuk Md Amin Md Taff.
Buat julung kalinya, semua universiti awam yang naib canselornya menganggotai MPM turut menawarkan tajaan yuran pengajian peringkat ijazah sarjana muda kepada kesemua penerima anugerah itu.