Skip to main content
STPM 2025 catat PNGK nasional 2.88, rekod pencapaian terbaik

STPM 2025 catat PNGK nasional 2.88, rekod pencapaian terbaik

Pencapaian STPM 2025 mencatat sejarah apabila Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) nasional meningkat kepada 2.88, tertinggi setakat ini berbanding 2.85 pada tahun lalu, kata Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, Datuk Md Amin Md Taff.

Lebih membanggakan, seramai 133 calon memperoleh PNGK 4.00, meningkat 70 orang berbanding 2024 meskipun jumlah calon yang menduduki peperiksaan berkurangan kepada 40,199 orang.