Skip to main content
Advertisement
AFC sertai UEFA, CONCACAF tolak cadangan FIFA

AFC sertai UEFA, CONCACAF tolak cadangan FIFA

AFC menyertai UEFA dan CONCACAF dalam menolak cadangan FIFA untuk menjual pegangan saham dalam syarikat yang bakal menguruskan Piala Dunia dan kejohanan utama badan itu.

Penolakan daripada tiga konfederasi utama itu meningkatkan tekanan terhadap Presiden FIFA Gianni Infantino dan menjejaskan usaha mendapatkan sokongan majoriti ahli FIFA.