AI dan automasi: 10 peratus pekerjaan berdepan perubahan fungsi – Akmal Nasrullah
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata kajian TalentCorp pada 2024 mendapati 10 peratus pekerjaan berdepan impak automasi atau penyelarasan semula fungsi susulan perkembangan kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan ekonomi hijau.
Beliau berkata kerajaan melaksanakan program peningkatan kemahiran dan latihan semula, selain memperkukuh kerjasama sektor awam, industri dan akademia menerusi platform MyMahir serta Future Skills Talent Council yang melibatkan 17 penggiat industri.