Inisiatif PACE peruntuk lebih RM710 juta lindungi pekerja - Akmal Nasrullah
Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir memaklumkan kerajaan melaksanakan inisiatif Progressive Acceleration for Capability and Employment (PACE) bernilai lebih RM710 juta bagi melindungi pekerjaan, meningkatkan kemahiran dan memperluas peluang pekerjaan.
Lebih RM580 juta disalurkan melalui PERKESO untuk memperkukuh Sistem Insurans Pekerjaan, manakala RM100 juta diperuntukkan melalui HRD Corp bagi latihan dan penempatan pekerjaan dengan sokongan MYFutureJobs, serta RM20 juta untuk latihan pekerja gig oleh PTPK dan RM10 juta melalui TalentCorp bagi memperluas latihan industri di PKS dan syarikat pemula.