Seorang anggota tentera maut selepas Perodua Myvi yang dipandunya bertembung dengan lori 10 tan di Jalan Lendu, Alor Gajah. Mangsa tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi. JBPM Melaka menghantar lapan anggota termasuk EMRS dan siasatan masih dijalankan.