Astro memperkenalkan Astro X3, penawaran penstriman baharu yang lebih mudah, fleksibel tanpa dekoder, pemasangan serta kontrak bagi memenuhi keperluan penonton era digital. Dilancarkan sempena acara Astro Presents: Fandom, inisiatif itu mencerminkan komitmen Astro sebagai syarikat media dan hiburan terkemuka Malaysia untuk memperluas akses kepada hiburan tempatan, sukan secara langsung dan kandungan global, di samping memperkasa hubungan antara kandungan, komuniti serta pengalaman hiburan masa kini.