Aturan dunia runtuh akibat serangan AS belakangkan undang-undang antarabangsa – MERCY Malaysia
Presiden MERCY Malaysia, Datuk Dr. Ahmad Faizal Perdaus berkata serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran yang secara jelas melanggar undang-undang antarabangsa dibimbangi mencetuskan keruntuhan aturan dunia. Jelasnya, teladan AS yang menghormati konvensyen antarabangsa ketika terlibat dalam konflik sebelum ini ternyata tidak tercermin dalam pentadbiran Presiden Donald Trump ketika ini. #DialogTigaPenjuru