Kemelut DUN Negeri Sembilan: MB baharu mungkin daripada PKR, jika ada lantikan baharu - Penganalisis
Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Supyan Hussin berkata sekiranya ada lantikan Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu, jawatan tersebut dijangka akan diisi oleh wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR). Jelasnya, kemelut yang berlaku dilihat sebagai berpunca daripada rasa tidak puas hati kepada satu individu, bukan semata-mata penolakan terhadap kerjasama gabungan parti politik sedia ada. #DialogTigaPenjuru