Rakyat mahu pembangkang kuat, maka PAS putus hubungan dengan BERSATU – Pemuda PAS
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, yang juga Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Malaysia, Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin berkata pendirian memutuskan kerjasama politik dengan BERSATU adalah sebagai reaksi kepada kehendak akar umbi yang mahu melihat blok pembangkang yang lebih kuat. Jelasnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah tidak ada kekuatan untuk menggerakkan gelombang kekuatan blok berkenaan. #DialogTigaPenjuru