Dialog Tiga Penjuru: Pengampunan Najib - Kesan politik menuju musim pilihan raya
Pengampunan bersyarat Datuk Seri Najib Razak membuka satu lagi babak dalam politik Malaysia. Adakah perkembangan ini sekadar mengubah naratif politik semasa, atau berpotensi mencorak semula percaturan parti-parti politik menjelang Pilihan Raya Negeri Melaka dan Pilihan Raya Umum Ke-16?
#DialogTigaPenjuru mengupas perkembangan ini daripada perspektif berbeza, menelusuri sejauh mana ia boleh mempengaruhi dinamika politik dan strategi parti menuju musim pilihan raya.