Skip to main content
AWANI Pagi: Meneroka tarikan ekopelancongan desa Kuala Haji Ibrahim

AWANI Pagi: Meneroka tarikan ekopelancongan desa Kuala Haji Ibrahim

Kunjungan Astro AWANI ke Kuala Haji Ibrahim, Sungai Acheh, Pulau Pinang menyingkap keindahan sebuah perkampungan tradisional yang damai dan sarat dengan nilai warisan serta budaya komuniti setempat. Berlatarbelakangkan suasana desa yang tenang dan persekitaran kampung nelayan yang masih terpelihara, kawasan ini memperlihatkan potensi sebagai destinasi pelancongan alternatif yang menawarkan pengalaman autentik kepada pengunjung.