Pasaran buruh Malaysia menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila kadar pengangguran pada 2025 susut kepada 3.0 peratus, iaitu paras terendah dalam tempoh sedekad. Namun, di sebalik pencapaian itu, lebih dua juta graduan masih bekerja di bawah tahap kelayakan mereka, manakala majoriti pekerjaan di negara ini masih dalam kategori separuh mahir.