Skip to main content

Sukan

Guardiola calon utama jurulatih AS jika Pochettino sertai Man United - laporan

Sekiranya dilantik, ia akan menjadi pengalaman pertama Guardiola mengendalikan pasukan kebangsaan selepas mencatat kejayaan sebagai jurulatih Barcelona, Bayern Munich dan Manchester City. - Gambar fail
Sekiranya dilantik, ia akan menjadi pengalaman pertama Guardiola mengendalikan pasukan kebangsaan selepas mencatat kejayaan sebagai jurulatih Barcelona, Bayern Munich dan Manchester City. - Gambar fail
Advertisement

BERLIN: Persekutuan Bola Sepak Amerika Syarikat (AS) dijangka menyenaraikan Pep Guardiola sebagai calon utama untuk menggantikan ketua jurulatih skuad kebangsaan lelaki AS, Mauricio Pochettino, sekiranya beliau memutuskan untuk menyertai Manchester United, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut laman web berita sukan The Athletic, Guardiola yang tidak terikat dengan mana-mana kelab sejak meninggalkan Manchester City pada Jun lepas, telah dibincangkan secara dalaman oleh Persekutuan Bola Sepak AS sebagai calon pengganti. 

Sekiranya dilantik, ia akan menjadi pengalaman pertama Guardiola mengendalikan pasukan kebangsaan selepas mencatat kejayaan sebagai jurulatih Barcelona, Bayern Munich dan Manchester City.

Advertisement

Beliau dilaporkan menolak tawaran untuk melatih skuad kebangsaan Itali pada awal tahun ini.

Ketegangan memuncak di Manchester United apabila ketua jurulatih semasa mereka, Michael Carrick berada di ambang pemecatan susulan prestasi hambar yang meletakkan United dalam zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris. 

Advertisement

Menurut laporan media, Pochettino merupakan calon utama United untuk menggantikan Carrick.

Bekas pengendali Tottenham, Paris Saint-Germain dan Chelsea itu difahamkan berminat untuk berpindah ke Old Trafford walaupun baru tiga bulan lalu menandatangani lanjutan kontrak untuk kekal sebagai ketua jurulatih AS sehingga 2030.

Persekutuan Bola Sepak AS dijangka menerima pampasan, dengan klausa pelepasan kontrak Pochettino dilaporkan bernilai US$10 juta.

-- BERNAMA-PA MEDIA/dpa

Must Watch Video

Advertisement