Pantau Belanjawan: Kuota Bumiputera Dimansuhkan, Siapa Pemilik Masa Depan Pendidikan Swasta?
KPM memansuhkan syarat minimum 30% ekuiti Bumiputera bagi syarikat yang mengendalikan institusi pendidikan swasta.
Adakah langkah ini akan merancakkan pelaburan dan persaingan, atau membuka persoalan lebih besar tentang pemilikan aset serta masa depan ekonomi Bumiputera dalam industri pendidikan yang kini mencecah RM24.1 bilion?
Bersama Dr Anuar Ahmad, kita meneliti implikasi sebenar dasar ini.