Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membantah keras tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Samsuri Moktar yang didakwa memaksa Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN menerima kemasukan Parti Cinta Malaysia (PCM).
Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ini kerana ia dilakukan secara tergesa-gesa walaupun pelbagai isu perundangan dan pentadbiran masih belum diselesaikan.