ECRL bakal lonjak Pahang sebagai hab ekonomi Pantai Timur
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka siap Disember 2026 mampu menjadikan Pahang sebagai hab pelaburan, perindustrian dan logistik utama di Pantai Timur.
Keyakinan itu disuarakan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berdasarkan perancangan pembangunan secara tersusun di tujuh stesen ECRL di Pahang.