Budaya wakaf masih utuh, petanda positif kepada kelangsungan institusi keagamaan.
Semangat gotong-royong dan sumbangan komuniti terus menjadi kekuatan masyarakat di Kuching apabila Surau Wakaf Taman Indah melaksanakan ibadah korban melibatkan 35 ekor lembu sempena Aidiladha tahun ini. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, jumlah korban itu antara yang terbesar pernah disaksikannya di peringkat surau.