EcoWorld tawar solusi sehenti untuk pelabur industri, bukan jual tanah sahaja
Ketua Operasi EcoWorld, Clement Liaw berkata menjual tanah industri sahaja tidak lagi mencukupi untuk memenuhi keperluan pelabur, terutama syarikat asing yang mahu memulakan operasi di Malaysia. Melalui penyelesaian Built-to-Suit, EcoWorld turut menyediakan perkhidmatan nilai tambah termasuk penubuhan syarikat, fasilitasi bersama MIDA, permohonan insentif cukai dan lesen pembuatan. #InvestmentInsider