Skip to main content
Feri Langkawi kurangkan trip akibat harga diesel naik

Feri Langkawi kurangkan trip akibat harga diesel naik

Syarikat pengendali feri ke Langkawi mengurangkan kekerapan perjalanan harian daripada lima kepada tiga trip sehari susulan peningkatan mendadak harga diesel industri yang menekan kos operasi. Langkah itu diambil bagi memastikan kelangsungan operasi syarikat serta mengelakkan pemberhentian pekerja, ketika kerajaan turut mengumumkan peningkatan bantuan tunai interim Budi Diesel kepada golongan terlibat.