Graduan OKU ILKBS diberi ruang ceburi sektor pekerjaan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membuka peluang kepada graduan orang kurang upaya (OKU) termasuk individu autistik untuk menceburi sektor pekerjaan termasuk perkhidmatan awam selepas menamatkan pengajian di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).