Skip to main content
Advertisement
AKPS bakal dilengkapi aset, teknologi dan inovasi baharu

AKPS bakal dilengkapi aset, teknologi dan inovasi baharu

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bakal dilengkapi aset serta teknologi dan inovasi baharu bagi memperkukuh kawalan sempadan negara dalam menghadapi jenayah rentas sempadan yang semakin kompleks.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu akan dilaksanakan dalam fasa kedua pembangunan AKPS selepas kerajaan memberi tumpuan kepada pengisian jawatan dan keanggotaan agensi berkenaan.