Hampir 400 jemaah meriahkan Program Dakwah Piala Dunia 2026
Hampir 400 peminat bola sepak, termasuk golongan belia, memeriahkan Program Dakwah Piala Dunia FIFA 2026 di Masjid Usamah Bin Zaid, Kuala Lumpur. Program ini bukan sahaja mengeratkan ukhuwah, malah menjadi platform mendekati anak muda agar terus istiqamah dalam ibadah sambil menikmati minat sukan.