AWANI Pagi: Piala Dunia 2026| Apabila Bola Sepak Bertembung Geopolitik
Dahulu, sukan sering dianggap medan yang menyatukan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi politik. Namun hari ini, sukan antarabangsa semakin sukar dipisahkan daripada geopolitik. Menjelang Piala Dunia FIFA 2026, pelbagai isu melibatkan visa, sekatan perjalanan, hubungan diplomatik dan konflik antarabangsa mula membayangi kejohanan bola sepak terbesar dunia itu. Persoalannya, adakah sukan masih mampu berdiri bebas daripada politik, atau sebenarnya kedua-duanya tidak pernah benar-benar terpisah?