Hindon Abdullah dinobat Tokoh Maulidur Rasul Selangor
Pengasas Persatuan Muballighat Negeri Selangor, Puan Hindon Abdullah dinobatkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 1448H atas sumbangan besarnya dalam bidang dakwah, pendidikan dan pembangunan ummah.
Beliau diiktiraf selepas lebih tiga dekad memperkasa gerakan dakwah wanita menerusi pelbagai program keagamaan, kebajikan dan pembangunan masyarakat.