Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Jangan politikkan isu agama, patuh undang-undang - YDPA

Jangan politikkan isu agama, patuh undang-undang - YDPA

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menegaskan bahawa isu agama tidak boleh dipolitikkan kerana ia boleh menggugat keharmonian dan perpaduan negara. Baginda bertitah bahawa pembinaan rumah ibadat sama ada kuil, masjid, gereja atau tokong mesti mengikut undang-undang yang sama. Baginda turut mengingatkan pengalaman baginda menyelesaikan isu kuil pada 2018 secara berhemah, selain menekankan pentingnya saling menghormati antara agama. Sultan Ibrahim meminta semua pihak mengelak kenyataan sensitif yang boleh menjejaskan keamanan negara.