Malaysia kemuka bantahan terhadap dua undang-undang baharu maritim Filipina
Malaysia sudah membuat bantahan rasmi terhadap dua undang-undang maritim yang diluluskan Filipina pada 2024 kerana ia menyentuh hal ehwal kedaulatan, hak kedaulatan, bidang kuasa serta kepentingan negara ini.
Dua undang-undang maritim berkenaan ialah Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina.