Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

India pelawa Malaysia hantar enjin Sukhoi untuk diselenggara, baik pulih - Mohamad

India pelawa Malaysia hantar enjin Sukhoi untuk diselenggara, baik pulih - Mohamad

India membuka ruang kepada Malaysia untuk menghantar enjin pesawat Sukhoi bagi kerja penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) ke negara itu, selepas Malaysia berdepan masalah untuk mendapatkan perkhidmatan itu dari Russia.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata perkara itu antara yang dibincang dan diputuskan ketika lawatan rasmi Perdana Menteri India, Narendra Modi ke Malaysia, hujung minggu lalu.