Jerebu: Sekolah buka esok kecuali Johor, beberapa PPD KL, Selangor
Sekolah yang ditutup susulan jerebu di Melaka, Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Wilayah Persekutuan Putrajaya akan kembali beroperasi seperti biasa pada Isnin manakala pembukaan semula sekolah di Kuala Lumpur hanya melibatkan dua kawasan iaitu di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sentul dan Keramat.
Bagaimanapun, penutupan sekolah di bawah PPD Bangsar dan Pudu diteruskan berikutan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di Stesen Cheras masih berada pada tahap tidak sihat.